Monday, January 16, 2012

write. writing.



orang kata kalau kita terlalu takut kehilangan sesuatu maka samalah macam keadaannya bila kita mahu masuk syurga tapi terlalu takut untuk mati.

malah ada setengahnya takut mati sebab tak sempat bayar hutang, tak sempat kahwin, tak sempat jalan satu dunia dan macam-macam alasan. kadang tu tak ada langsung pun terfikir takutkan mati sebab nanti kena siksaan kubur atau tak cukup timbang amalan nak masuk syurga.

hari ini aku terfikir. kenapa aku takut untuk kehilangan tam. padahal bukan pertama kali aku kehilangan kasih sayang dan perasaan hati seorang lelaki terhadap cinta yang aku begitu susah nak bina untuk mereka. jadi kenapa aku takut?

mungkin jika aku boleh leraikan rasa takut tu, longgarkan rasa kehilangan tu, maka aku lebih tenang, aman dan bahagia. tak kisahlah kalau kasih sayang rindu bertimbun untuk tam. bukan rugi apapun. cuma aku kena belajar. kena memahami. kena sentiasa berterus terang dengan hati.

biarlah apa juga pun terjadi selepas ini, aku redha.

aku tak boleh tolak keadaan bila tam disayangi orang atau menyayangi orang. begitu juga tam tak boleh halang aku untuk terus sayang dia.

hey. aku malas untuk membenci. malas merasa dendam hati. aku cuma mahu belajar tentang cinta. rasa halus yang ajaib dalam jiwa. sebab aku masih tidak faham. jika cinta itu adalah bersifat indah, mengapa perlu ada tangisan hiba kerana penolakan atau kegagalan.

aku kena belajar melepaskan. hey. kita kena percaya. ada seorang lelaki di luar sana, memang tulang rusuk kirinya adalah aku. dan aku adalah sebahagian dari lelaki tersebut. pelengkap.

tam. jika kau baca ini, aku harap kau tahu. sejak saat aku menerima kau dalam hati, tidak pernah sekalipun rasa itu pergi. aku mahu kau tahu, setiap yang lahir dari mulut, jemari (yang taip sms hari-hari tu) adalah rasa halus yang ajaib yang aku tak boleh tahan kehadirannya. kalau kau masih ada rasa yang sama saat kau terdetik bertanya soal rasa, aku di sini masih tetap yang sama. seperti apa yang kau tahu, kau dengar, kau baca dan kau lihat ketika aku bersama kau dalam nyata dan alam maya.



0 pensil warna: