Friday, January 13, 2012

sesuatu tentang Phd



gementar hati taklah terasa. tapi terlalu banyak perkara tanya yang bermain di kepala. saya masih tidak membulatkan tekad mahu menyambung di luar negara atau di dalam negara.

saya pilih dua universiti. universiti auckland. universiti islam antarabangsa malaysia. 

persediaan dokumen. persediaan kendiri. semuanya masih longgar.

saya begitu berhati-hati dan perlahan dalam membuat keputusan kali ini. tidak seperti master. saya tekad membuatnya dalam negara. tekad menyiapkannya walaupun terpaksa bertukar supervisor kerana profesor berpindah universiti.

saya fikir mampukah saya, sehari tidak mendengar suara mak atau mengejut abah waktu saya bangun sebelum subuh untuk mandi?

mampukah saya tidak melayan anak-anak buah saya yang kecil, aktif dan bermacam rupa gaya?

mampukah saya bersendirian mencari ilmu dari satu daerah luar tanpa sesiapa di sisi kecuali Allah dan malaikat di kanan kiri bahu menemani?

seorang teman kecil datang memberi kata pandangan. katanya, mohonlah kepada ALLAH. kerana DIA yang maha memberi. tentang masa lepas, hari ini dan kemudian nanti.

hati saya masih diburu begitu banyak soalan sekali. hati saya belum ditunjuk dorong ke arah mana satu negeri perlu dituju dan dilalui.

saya perlu bangun malam. menciumkan dahi ke sejadah. memohon diberi cahaya terang untuk membuat keputusan penting ini.

ya allah kuatkan segala urat saraf saya, akal dan emosi saya, untuk bangun sepertiga malam bagi memohon restu dan petunjukMU ya allah. moga saya mampu berdoa dan memohon dalam sujud istikharah dan hajat. amin.

 

1 pensil warna:

EZAN IDMA said...

sis. kamu mmpu buat! Support u!