Thursday, January 26, 2012

redha



saya dengar abah sebut alhamdulillah banyak kali malam tadi. bila dia baca transkrip master saya. dulu abah pernah beri RM5 sebagai hadiah dapat no 1 masa darjah 3. lepastu  atau sebelum tu saya tak pernah dapat hadiah material dari abah. saya dapat hadiah dari sekolah atau pihak lain. tak apa. sekurang-kurangnya saya ada kenangan dapat hadiah RM5 tu. lepastu saya dah tak peduli.

saya patutnya rasa lebih syukur sebab apa yang dirancang ALLAH benar-benar yang memberi baik kepada kehidupan saya. sebelum ini semasa saya begitu mengkagumi bidang perancangan, saya nampak begitu banyak kemusnahan moral. tapi tidak dalam bidang akademik ini. bidang ini banyak kemuliaan.

walaupun saya ada rasa sedikit dukacita tentang rasa cinta, saya masih lagi bertahan dengan riak suka yang terpancar di wajah abah dan mak. belum sampai lagi rezeki cinta saya. perlahan-lahan ALLAH beri saya rezeki dunia yang memberi senang hati kepada abah dan mak. bukankah itu nikmat panjang sampai ke syurga?

saya pernah dulu kata kepada tam. saya tak boleh fikir dan terima lelaki lain selepas dia. sebab terlalu banyak perkara yang telah saya lalui sebelum saya betul-betul jatuh cinta dengan tam. saya anggap itu kata janji. insyaallah saya tunaikan.

terus-terang sebenarnya saya bersedia berdepan kemungkinan hidup tak bersuami. dan itu tak bermaksud saya tidak berkeluarga.

tam, lelaki pertama dalam hidup saya yang mendapat banyak perkara dan peluang yang saya tutup untuk orang lain. satu hari nanti, saya yakin tam akan sedar dan menghargainya. mungkin sekarang tam masih kabur dengan semuanya. saya juga yakin, jauh di lubuk hati tam, ada ruang untuk saya. janganlah tanya kenapa saya setia. kenapa saya masih cinta.

saya ini manusia biasa. ada batasnya untuk berhenti tentang sesuatu dalam hidup. contohnya menabur dan menerima cinta. cukuplah sampai tam. cukuplah cuma tam merasa betapa saya seorang yang cuba setia pada cinta.

benar. mungkin saya sedang menutup hati saya untuk lelaki lain menawarkan cinta. saya sedang belajar redha. insyaallah.


0 pensil warna: