Thursday, January 5, 2012

mimpi geli




malam tadi aku mimpi. mimpi pasal seorang lelaki. lelaki yang aku kenal. lelaki yang aku sedang rindui.
dia datang ke rumah. mengejut.

aku bergegas ke dapur. aku cuba bancuhkan air. sirap pandan. tapi entah kenapa, air sirap pandan yang aku bancuh tak siap-siap. sampailah dia terpaksa balik tergesa-gesa.

akhirnya, semasa dia minta izin pergi, dia genggam tangan aku kuat-kuat. tanpa kata apa-apa. cuma setakat merenung saja.

pap!!!.

tiba-tiba bunyi henpon. dah pukul 5. aku bangun. garu-garu kepala dengan rambut serabai ala-ala hantu kak limah. tersenyum. suka. terketawa pelan. geli.

mimpi pun mimpilah. janji dapat genggam tangan kuat-kuat. best apa! >.<




 

1 pensil warna:

EZAN IDMA said...

hahaha so sweeet mimpi!