Monday, January 30, 2012

kosong



tiba-tiba hari ini saya bermenung. tenung dan renung laptop sambil tongkat pipi lama-lama. saya rasa kosong fikiran. entah petanda bagus atau tidak.

ya. jam 9.30 nanti ada mesyuarat jabatan. sampai ke petang.

selain daripada itu, semuanya kosong.

saya bingkaikan lukisan wajah tam. saya tidak tersenyum saat merenungnya. saya macam hilang. walhal lukisan itu ada rohnya sendiri. setiap garis dan ruang yang wujud dalam kertas hitam keras itu, adalah hasil hati paling hebat.

mungkin kerana saat ini saya merasakan kekosongan akibat rasa hilang yang jelas. saya malu untuk menyatakan saya rindu. tapi itu hakikat.

saya benci mengurung rasa saya dalam penjara yang sebenarnya tidak berkunci.

saya tahu. tam yang diam membawa separuh dari hati dan jiwa saya pergi. saya tipu ramai orang di sekeliling saya. saya nampakkan diri saya kuat dan yakin. saya nampakkan saya semacam tidak terkesan dengan diamnya tam.

hakikatnya, sudut hati saya wujud gema-gema rindu yang cukup membingitkan. jiwa saya memberontak dalam diam.

syukurlah. ada ruang yang ini. kecil tapi sudi mendengar suara jiwa yang sebenarnya semakin rosak akibat cinta.



0 pensil warna: