Monday, January 30, 2012

ikhlas


tadi lepas maghrib masa saya tolong mak saya kelim karipap 150 biji, kepala berputar, hati saya tak berhenti bercakap. berfikir dan bercakap apa saya perlu tulis untuk gambarkan seribu satu macam perkara yang menggambarkan tentang hazrey .

kemudian saya susun kata-kata dalam kepala, dalam hati. bukan kata-kata puji. jauh sekali nak beri sejuta macam umpan untuk orang lain cuba membaca saya melalui apa yang saya baca.

blog saya ini ruangnya kecil. malah tiada langsung pengaruh yang boleh menular dalam hati dan pemikiran sesiapa yang sudi membacanya. jadi saya asyik terfikir, jalan apa yang terbaik untuk saya membawa orang lain menilai dan melihat sesuatu yang saya selalu ikuti tanpa prejudis atau penilaian yang jumud.

sebagai orang yang menulis sesuatu yang sangat peribadi, bahasa saya adalah penyampaian yang tenang, damai, kacau, resah dan bermacam lagi mengikut alunan hati ketika menulis. tapi, sebagai pembaca, saya kerap memilih sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan tabiat saya menulis.

saya sangat gemar membaca sesuatu yang lantang. ia memberi saya impak berfikir yang sukar saya ceritakan. ianya memberi saya momentum untuk menimbang tara apa yang jadi depan mata dan apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain.

bila saya baca hazrey   saya dapat banyak. dari kisah longkang berbau, mayat, penjenayah, soal etika kerja, soal hubung rasa sesama manusia dan tuhan, soal kemanusiaan, soal tata kerja, sopan hidup, kekeluargaan, cinta, glamour dunia dan bermacam lagi ditulis dengan gaya yang tidak langsung menilai sejauh mana tahap saya berfikir atau apa latarbelakang saya. ianya ditulis dekat dengan hati saya. bahasanya masuk secara halus dan menerbitkan bermacam pelangi rasa dan mendung jiwa. malah ada ketikanya merubah reda pantai menjadi gusar akibat ombak ganas. malah redup awan hilang bila matahari terus terik terkena kulit nipis seorang manusia biasa. Itulah hazrey   melalui ruang blognya di http://www.hazrey.com/ dia menuturkan apa yang setiap orang lalui dan rasa akibat rentak hidup yang sukar ditelah alun muziknya.

baru-baru ini blog hazrey  dicalonkan untuk Most Vocal Blog dalam Social Media Awards 2012. anugerah ini memberi pengiktirafan kepada kerja-kerja blog melalui undian pembaca atau pelayar media alam maya. jadi tanpa fikir yang panjang saya telah memilih untuk mengundi blog  hazrey   yang dicalonkan melalui sebuah blog yang sangat berkredibiliti iaitu blog kujie dalam anugerah tersebut.

mungkin jika sesiapa yang mencari-cari di mana boleh mendapat tips, idea, teknik, cara untuk berkomunikasi secara vocal bolehlah melawat terlebih dahulu di blog hazrey  dan kemudian jika merasakan blog hazrey  adalah seperti apa yang saya nyatakan dan layak menjadi Most Vocal Blog dalam Social Media Awards 2012, maka bolehlah mengundi di sini (undi vocal) 

itu saja.

p/s: oh hazrey   bukan sugar daddy saya. ;)
p/s/s: gerakkan cursor (anak panah) mouse (tetikus anda) ke perkataan Hazrey, blog kujie dan Undi vocal. ada yang menarik di situ. cubalah. ;)


1 pensil warna:

Kujie said...

jangan marah ye hazrey, walau pun entri ini untuk awak, tapi saya asa terlebih kembang... mungkin harga mauripan lebih murah dari gula.


hahaha....pheeewit cik kiah!